Perutusan Pengarah

 

 

 Bismillahirrahmannirrahim.

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Usaha Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sebagai satu institusi peneraju negara telah menghasilkan Blueprint SmartGreen PolyCC (BSGPC). Usaha positif ini mampu melahirkan tenaga kerja yang mengamalkan inisiatif hijau yang mendukung dan melaksanakan inisiatif pembangunan mampan negara.

Di kesempatan ini, saya menyahut saranan Ketua Pengarah JPPKK untuk melaksanakan SmartGreen di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM). Mewujudkan budaya hijau dan melestarikan politeknik bagi melahirkan pekerja kolar hijau selari dengan matlamat transformasi Jabatan serta menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi dan rendah karbon pada tahun 2025.

Akhir kata, besarlah harapan saya agar warga KKBBM dapat membudaya diri dengan amalan hijau sebagai satu langkah kearah kelestarian kampus KKBBM. Saya berharap semoga kita lebih menghargai, mensyukuri dan menginsafi bahawa bumi dan kehidupan ini adalah anugerah Pencipta serta merupakan satu amanah yang harus dipelihara demi kesejahteraan, kelangsungan kehidupan dan kelestarian alam sekitar.

 

EN MUHAMMAD SANI BIN CHE IDRIS

Pengarah Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka