PENGENALAN
Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka memulakan operasi awalnya pada 2001 menggunasama kemudahan Politekanik Kota Melaka. Pada ketika itu hanya 2 kursus sepenuh masa ditawarkan iaitu Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) dan Sijil Pelukis Plan. Mulai bulan Jun 2002, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka berpindah dan beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri hasil perjanjian jual beli 14 lot rumah kedai tiga tingkat pada 5 Februari 2002 dengan kos RM8.6 juta di Taman Bukit Beruang Indah, Melaka. Dengan pertambahan kakitangan dan pelajar, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka telah menyewa 5 lot ruang bagi menampung kapasiti yang semakin bertambah.
Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka ditubuhkan dengan objektif menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik sesuai dengan visi kolej ini untuk menjadi peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional serta Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat Menjelang 2025 dan bermotokan peneraju komuniti berilmu dan berkemahiran.
Kolej Komuniti Bukit Beruang menawarkan 5 program sepenuh masa dan pelbagai kursus jangka pendek yang bersuaian dari masa ke semasa. Program sepenuh masa yang ditawarkan adalah :
1. Program Sijil Teknologi Elektrik
2. Program Sijil Servis Kenderaan Ringan
3. Program Sijil Kulinari
4. Program Sijil Operasi Perhotelan
Kampus kekal Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka menyediakan pelbagai kemudahan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran program sepenuh masa dan kursus jangka pendek antaranya :
1. 2 Makmal Komputer
2. 1 Makmal Bahasa
3. 5 Bengkel Pemasangan Elektrik
4. 2 Bengkel Servis Kendereaan Ringan
5. 6 Dapur Kulinari (termasuk JPSH)
6. 1 Restoran
7. 2 Bilik Banquet
8. 1 Bilik Tamu
9. 1 Bengkel Fesyen
10. 2 Dewan Kuliah
11. 1 Bilik Kuliah
12. 1 Ruang Keusahawanan (e-Tech Center)
13. Perpustakaan
14. Surau
15. Bilik Rekreasi
Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum juga dianjurkan bagi menyemai dan memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab dan tolong menolong di dalam diri pelajar. Disamping itu juga, pelajar mendapat pendedahan pengetahuan akademik di luar kelas. Segala aktiviti ini, dalam melahirkan pelajar kolej komuniti yang berwawasan dan berketerampilan. Dengan kemudahan dan peluang yang disediakan, adalah menjadi harapan agar kewujudan Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka ini mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara sesuai dengan matlamat dan aspirasi wawasan 2020.